Tuesday, April 23, 2013

Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran



Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran
Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Al-Quran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.

Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Al-Quran.

Sumber: Halim Islam

Thursday, April 18, 2013

Ya Allah,Kenapa Aku Dalam Neraka


                            
Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”
Kakinya tiba-tiba bersuara,aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na’uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka


PERTAMA – AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA – SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang
ALLAH S.W.T berikan pada kita.

Monday, February 14, 2011

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG



Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dgn Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
astaghfirullah.. rase kerdil..

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
...HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH...

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Tuesday, February 8, 2011

Keluarga Islambouli Dan Presiden Mesir

Khalid Al Islambouli

Seiring dengan isu hangat revolusi di Mesir, ramai yang teringat kepada Khalid Al Islambouli. Meskipun tanpa gelombang tunjuk perasaan, lelaki berpangkat leftenan itu menamatkan pemerintahan Sadat pada 6 Oktober 1981. Alasannya memang tidak terlalu politik. Bukan kerana kepimpinan presiden yang masa itu sudah berkhidmat selama 11 tahun, tapi kerana Sadat dianggap pro-Israel. Kebencian Khalid memuncak semasa Sadat membuat Perjanjian Kamp David yang menguntungkan Israel.


Anwar Sadat


Khalid Ahmed Showqy Al Islambouli ataupun Khalid Al Islambouli, serta adiknya, Mohammed Showqy Al Islambouli,amat dikenali kerana usaha mereka menghabiskan nyawa Presiden Mesir. Abang mereka yang sulung dikenali sebagai pemimpin kumpulan pembangkang Islam anti Presiden Anwar Sadat.

“Saya sudah membunuh firaun,” ujar Khalid semasa melihat Sadat dipenuhi darah. Pemimpin 62 tahun itu meninggal dunia setelah ditembusi 37 butir peluru. Yang paling banyak adalah peluru dari senapang Khalid. Kerana, semasa itu dia berada tepat di hadapan Sadat. Tak lama selepas menghabiskan nyawa Sadat, Khalid ditahan dan menjalani proses undang-undang. Akhirnya, dia mengembuskan nafas terakhir kerana dihukum tembak pada 15 April 1982 dalam usianya 27 tahun.

Masa itu sebenarnya Khalid tidak bertugas dalam perbarisan untuk memperingati kemenangan Mesir dalam Perang Yom Kippur 1973. “Sebenarnya, Khalid Al Islambouli tidak bertugas dalam perbarisan hari itu. Kebetulan, saat itu dia menggantikan salah seorang Brigade Artileri ke-333 yang tiba-tiba uzur,” maklumat Wikipedia dalam laporan onlinenya.

Khalid

Kononnya, Khalid bertindak selepas mendapat restu dari Omar Abdel Rahman. Rahman adalah ulama radikal yang cukup terkenal di Mesir. Beliau dikatakan mendalangi pengeboman World Trade Center di Amerika Syarikat (AS) pada 1993.

Dalam peritiwa pada 6 Oktober 1981 itu, Khalid berperanan sebagai ketua pasukan,dibantu 23 rakannya.

Aksi Khalid bermula apabila beberapa pesawat pejuang Mirage milik Tentera Udara (AU) Mesir melakukan pertunjukan udara. Pada masa itu juga, Khalid dan pasukannya berada atas lori yang mengangkut mereka. Ketika itu lori sedang melintas di depan pentas terhormat, tempat Sadat dan beberapa tetamu negara duduk. Dikatakan, Khalid berjaya melepaskan diri dari empat lapis pasukan dan lapan pengawal peribadi yang melindungi Sadat.

Dalam sekelip mata, Khalid tiba di depan Anwar Sadat. Presiden yang terkejut pun terus berdiri. Dia menyangka, Khalid akan memberikan salam hormat tentera kepadanya. Tapi, tiba-tiba tiga bom tangan dilempar kepadanya. Satu di antara tiga bom tangan itu meletup. Sadat pun tumbang. Setelah melihat sasaran utamanya tak berdaya, Khalid dan pasukannya terus menyerang Sadat dengan tembakan.

Semasa Sadat hampir mengehembuskan nafas terakhirnya di pentas kehormat itu, Hosni Mubarak berada di sampingnya. Ketika itu, tokoh 82 tahun tersebut berkhidmat sebagai timbalan presiden. Dia pun sempat berhadapan dengan Khalid. “Tepi dari hadapanku. Saya hanya ingin menghabiskan anak anjing ini,” herdik Khalid sembil menolak Mubarak yang berada berhampiran Sadat.

Dalam perbicaraannya, Khalid mengatakan bahawa alasannya membunuh Sadat bukan hanya semata-mata kerana tanda tangan Sadat dalam dokumen Perjanjian Kamp David, tetapi, dia juga marah kerana pasukan Sadat menangkap abangnya yang menjadi pemimpin kumpulan pembangkang Islam radikal di Mesir.

Setelah Sadat maut dan Khalid hilang nyawanya di hadapan pasukan tembak, kembali muncul kisah keluarga Islambouli.

Pada 22 Jun 1995, Mohammed mencuba menghabiskan nyawa Mubarak yang ketika itu sudah menjawat jawatan presiden. Kali ini, percubaan pembunuhan tersebut terjadi di Habsyah. Sayang, tidak seperti Khalid yang berjaya membunuh targetnya, percubaan Mohammed gagal. Peluru yang dia muntahkan dari senjatanya hanya mampu melukai Mubarak.

Walaupun demikian, aksi nekad Islambouli bersaudara telah menginspirasi kumpulan-kumpulan radikal di beberapa negara. Di antaranya iaitu Brigade Al-Islambouli Pakistan yang disebut bergabung dengan Al-Qaeda, serta Briged Al Islambouli Chechnya di Russia. Pada 31 Julai 2004, Briged Al Islambouli Pakistan melancarkan percubaan pembunuhan terhadap Shaukat Aziz. Manakala Briged Al Islambouli Chechnya mengaku bertanggung jawab atas letupan bom pada dua pesawat Russia pada 24 Ogos 2004.

Video pembunuhan Anwar Sadat :

The URL you requested has been blocked. URL = www.youtube.com/embed/nwQL3N57TQE?rel=0