Thursday, April 29, 2010

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..

Quantcast


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Tazkirah Hari Jumaat

Daripada Umar bin al-Khattab r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:


“Orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain);
dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang adalah memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim,
menyelamatkannya daripada penderitaan,
melupuskan hutangnya ataupun mengusir rasa kelaparan daripadanya.
Sesungguhnya, aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk (iktikaf) di dalam masjid sebulan lamanya.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam bab: Fi Qada al-Hawaij dan Imam at-Tabarani. Katanya: hadith tersebut hasan.)

4 penduduk Palestin maut

Peta wilayah Tembok Pemisah Israel.

GAZA CITY 29 April - Empat rakyat Palestin terbunuh semalam apabila pasukan keselamatan Mesir mengepam gas ke dalam sebuah terowong di sempadan Mesir-Genting Gaza, yang digunakan untuk menyeludup barangan keperluan ke Genting Gaza.

Seorang pegawai keselamatan Hamas yang bertanggungjawab ke atas kawasan terowong di sepanjang sempadan berkata, pasukan keselamatan Mesir mengepam sejenis gas yang biasanya digunakan bagi menyuraikan protes ke dalam terowong tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Hamas dalam satu kenyataan berkata, gas yang digunakan untuk mengosongkan terowong itu beracun.

Enam lagi turut jatuh sakit berikutan kejadian itu.

"Kementerian Dalam Negeri mengesahkan punca kematian mangsa ialah tindakan pasukan keselamatan Mesir menyemburkan gas beracun ke dalam sebuah terowong," menurut kenyataan ringkas itu.

Empat penyeludup yang maut itu mengalami sesak nafas, kata Hamdan Abu Latifa, seorang doktor di sebuah hospital di Rafah, bandar di sempadan Gaza.

Seorang pegawai keselamatan sempadan Mesir enggan mengulas tentang kejadian itu.

Pasukan keselamatan Mesir sebelum ini pernah menyembur gas ke dalam terowong, tetapi insiden semalam ialah kali pertama tindakan tersebut menyebabkan kematian, kata pegawai Hamas dan pengendali terowong.

"Perbuatan itu adalah jenayah kejam yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Mesir terhadap pekerja biasa Palestin yang hanya mahu mencari nafkah.

"Hamas dan seluruh rakyat Palestin mengutuk pembunuhan kejam itu," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum yang menuntut Mesir memberikan penjelasan dan menjalankan siasatan mengenai insiden tersebut.

Mesir mengalami tekanan untuk menutup beratus-ratus terowong yang menjadi nadi ekonomi bagi wilayah Palestin yang dikenakan sekatan itu, tetapi terowong tersebut juga didakwa digunakan untuk membawa masuk senjata kepada Hamas dan pejuang Palestin lain.

Israel dan Mesir menutup pintu sempadan rasmi Genting Gaza sejak Hamas merampas kuasa pada 2007 setelah menumpaskan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang kini hanya memerintah Tebing Barat. - AP

///macam mane negara kafir nak hormati negara Islam..sedangkan negara Islam sendiri membunuh saudara seislam yang berjuang untuk mendapatkan tanah air mereka...

Isteriku sakit jantung??????

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

???????????????????????????

Ape punya gila perempuan ni....

Aku tak tau nak cakap ape lah kalu ada perempuan cam ni...lagi jahil dari yang jahil...memalukan kaum hawa memalukan agama islam memalukan org islam je...begini lah jadi kalu belajar agama separuh jalan..belajar tak abis..tak pon mesti ponteng kelas agama masa Ustaz mengajar dulu...magkn tak penah dengar Ustaz mengajar pasal aurat perempuan cam ne...

Dari atas dah cantik dah tutup kepala,tangan tutup pakai sarung tangan tapi bila sampai bawah.........magkok punya puan....Mgkn dia ingat dia dah tutup aurat kot?mgkn dia paham tutup aurat ni tutup rambut je kot...mgkn dia ingat aurat perempuan sama cam aurat laki ko?tapi aurat laki pon antara pusat ke lutut..mgkn dia ingat bahagian tubuh yg lain kalu tak tutup tak ape bukan aurat...aku rasa dalam hati dia kata janji aku tutup kepala..

Begini umat Islam akhir zaman..menghalalkan ape haram,mengharamkan ape yg halal.....dunia dah nak kiamat dah oiiiii....

Tuesday, April 27, 2010

Tembok pemisah Israel cacatkan Baitulmaqdis


Remaja Palestin, Murad Obeidi sanggup merangkak menerusi terowong bawah tanah yang gelap di bawah tembok pemisah Israel semata-mata untuk mendapatkan bola.

Israel mendakwa membina tembok pemisah itu, yang merentasi utara Baitulmaqdis, untuk menghalang serangan maut di pihak Palestin.

Namun, tembok pemisah setinggi lapan meter itu masih gagal menghalang bola yang disepak melepasinya.

Sebelum ini, Murad, 21, dan rakan-rakannya menggunakan terowong di bawah tembok tersebut untuk mendapatkan bola yang terlepas.

Tembok itu kini ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan Israel.

Murad mengaku sering berasa bimbang mengenai kemungkinan ditembak olah askar rejim.

"Mereka akan tuduh saya cuba melancarkan serangan pengganas. Kadang-kadang mereka menggunakan gas pemedih mata apabila kami berada dalam terowong tersebut," kata Murad.

"Tetapi kami juga pernah berjaya membawa balik bola yang terlepas. Sekarang semua itu tidak mungkin terjadi lagi," katanya.

Status Murad sama seperti penduduk lain di Anata dalam Tebing Barat yang didiami kalangan golongan pertengahan Palestin.

Walaupun memiliki kad pengenalan yang mengiktiraf dirinya sebagai penduduk di situ, tetapi ia tidak lagi sah di sebelah tembok pemisah di Tebing Barat.

"Saya memegang kad pengenalan Baitulmaqdis, tetapi saya tidak dapat pergi menghampiri tembok itu kerana askar rejim akan menangkap dan menyoal siasat saya. Itu pun jika mereka tidak menembak saya," katanya.

Israel kini sudah melengkapkan sebahagian daripada tembok pemisah sepanjang 709 kilometer yang mula dibina pada 2002 ketika penduduk Palestin melancarkan intifada terakhir.

Apabila siap sepenuhnya, 85 peratus tembok itu akan dibina di dalam kawasan Tebing Barat yang ditawan Israel semasa Perang Enam Hari 1967.

Tebing Barat adalah antara wilayah yang dituntut penduduk Palestin sebagai sebahagian daripada negara Palestin merdeka.

Kebanyakan tembok pemisah dilengkapkan dengan benteng berkawat dan terletak berhampiran laluan askar.

Namun, sesetengah tembok pemisah di Baitulmaqdis dibina di celah-celah blok pangsapuri sesak dan memisahkan beberapa kawasan kejiranan kepada dua bahagian.

Di Anata, tembok pemisah yang dibina merentasi sebuah stadium. Masalah itu menyebabkan ketua pasukan kelab bola sepak di situ, Musa Khalil mengingatkan pelamin-pemainnya supaya tidak menyepak bola terlalu tinggi.

"Tembok yang dibina Israel memisahkan stadium kepada dua bahagian dan kami menggunakan bahagian yang ditinggalkan di sebelah kami," katanya.

Sepanjang tahun lalu, kelab Musa sudah kehilangan 30 bola yang disepak melepasi tembok pemisah.

Pada bulan lalu, pemain-pemainnya secara tidak sengaja melepaskan 15 bola dalam perlawanan bola sepak.

Selepas perang 1967, Israel menawan Anata, termasuk Baitulmaqdis Timur dalam gerakan ketenteraan yang tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

Palestin menuntut Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota negara mereka pada masa akan datang.

Status mengenai ibu kota itu menjadi isu yang paling sukar ditangani dalam proses damai Timur Tengah sejak ia dimulakan pada awal 1990-an.

Kini, kawasan kejiranan Murad hanya menggambarkan kecacatan ibu kota itu berikutan kegagalan proses damai sejak lebih 20 tahun lalu.

Walaupun menghadapi tekanan Amerika Syarikat (AS), Tel Aviv terus mencetuskan kemarahan Palestin apabila melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada penghujung 2008.

Terdapat kira-kira 12,000 penduduk tinggal di Kejiranan Keamanan.

Kebanyakan penduduk di situ memiliki kad pengenalan Baitulmaqdis yang diberikan kepada majoriti penduduk Arab Palestin yang menolak kerakyatan Israel selepas perang 1967.

"Kami memanggil kawasan ini sebagai Kejiranan Keamanan kerana kami fikir perdamaian sudah ada dalam genggaman. Tetapi, apa yang kami dapat adalah tembok pemisah," kata penduduk tempatan, Musa al-Qasrawi.

Musa, 58, adalah pemegang kad pengenalan Tebing Barat, tetapi dilarang memasuki Baitulmaqdis jika dia tidak mendapatkan permit khas.

Sebaliknya, semua ahli keluarganya mempunyai kad pengenalan Baitulmaqdis.

"Mereka dapat pergi ke Baitulmaqdis, tetapi saya tidak boleh. Rumah kami dipisahkan kepada dua bahagian," katanya.

Monday, April 26, 2010

Najib nafi beli undi, siapa akan percaya?

Najib Tun Razak semalam menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

PM 1Malaysia itu berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

Persoalannya siapakah akan percaya dengan penafian Najib BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor dan kenapa beria-ia sangat Najib buat penjelasan dan penafian kalau memang benar BN tidak beli undi.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. Jelas Najib dalam penafiannya.

Merujuk kepada banyak tawaran di Hulu Selangor ialah penyelesaian kepada masalah penduduk di Kg. Sungai Buaya yang telah berlarutan sejak hampir 20 tahun.

Kenapakah BN beria-ia sangat mengumumkan penyelesaiannya dengan membayar pampasan walaupun dalam bentuk tunai RM 1000 dan tertangguh lagi RM 49,000 kalau bukan kerana undi .

Begitu juga banyak projek dan tawaran yang lain dilakukan oleh BN adakah benar bukan kerana untuk menunjukkan BN memang baik dan ternyata kebaikan BN itu telah menyebabkan hanya orang yang kurang cerdik sahaja yang terus memenangkan BN di situ. Itulah hasilnya dengan tawaran projek itu .

Adakah itu tidak dinamakan membeli undi ?

Saya sangat hairan dengan gelagat BN yang memampilkan sosok kononnya pembela nasib rakyat setiap kali pilihanraya namun itulah yang kita dapat lihat sebagai satu sandiwara pemimpin BN sejak lebih 50 tahun sudah.

Sesungguhnya banyak masalah rakyat yang berlonggok-longgok yang tertangguh sehingga lebih puluhan tahun, namun semacam hanya dapat diselesaikan dihadiahkan kepada rakyat bila ada pilihanraya kecil.

Sepertilah drama Gerak Khas yang boleh menyelesaikan apa saja ke dalam sekelip mata sedangkan semuanya tahu apa saja yang pernah dilaporkan kepada balai polis tidak secepat itu dapat diselesaikan.

Demikianlah BN yang penuh dengan hikayat dan pembohongan yang sedang menunggu hari penghujungnya dalam PR ke 13 pada masa akan datang.

Semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakayat mestilah menguatkan tekad dan semangat serta terus berkerja dengan gigih tanpa lelah dan jemu bagi memastikan BN terseungkur dalam PR ke 13.

Drs Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.

Dua Kalimah Ringan Diucapkan Tapi Berat di Mizan, Amalkanlah !

Assalamualaikum...

Saudaraku, menurut hadist yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bahawa ada dua kalimat yang ringan diucapkan lisan, tetapi ia akan memberatkan timbangan amal kebaikan dan di cintai Allah SWT. kalimah itu adalah "Subhanalloh Wabihamdihi Subhanalloh hil `adzim."

Untuk itu, jadikanlah kalimah tersebut dzikir harian kita, semoga dengan keberkahan kalimah itu, Allah SWT mencintai kita dan memberatkan timbangan amal kebaikan kita nanti di Yaumul Mizan. Amin..amin..

Wassalamualaikum...

Sunday, April 25, 2010

Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.


Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.


Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.


Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.


Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.


Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?


Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.


Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.


Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.


Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.


Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?


Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.


Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --

Friday, April 23, 2010

MODUS OPERANDI SPR TERBONGKAR

Licik Dan Jahat Betul SPR Nie..


Hulu Selangor: Terbongkar Jua, Modus Operandi Perpindahan Beribu-Ribu Pengundi Berdaftar Di Rancang Rapi Oleh SPR Itu Sendiri Sebenarnya !!

Ramai yang meramalkan UMNO BN akan menang besar dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Keyakinan itu bersandarkan kepada "kehilangan misteri" lebih 13,000 nama pengundi berdaftar di parlimen itu yang telah dipindahkan "secara paksa" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR bahawa ada 13,488 nama pengundi berdaftar yang dipindahkan rupanya bukan "fitnah semata-mata". Malah ia disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas itu. Malah, beliau tidak menafikan cuma jumlahnya kurang sedikit dari itu. Kononnya perpindahan berlaku atas permohonan pengundi terbabit. Masalahnya, rata-rata pengundi yang ditemui tidak pernah memohon untuk membuat pertukaran tersebut. Soalnya kenapa ia berlaku, dan kenapa kerajaan takut isu tersebut dibahaskan di parlimen bahkan ditolak bulat-bulat atas alasan tidak ada kepentingan awam di situ. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan merancang untuk menjatuhkan maruah Anwar di Hulu Selangor. Ramai yang terkejut dengan kehilangan begitu besar nama pengundi itu.

Bayangkan, yang dihilangkan itu adalah pengundi PKR dalam pilihanraya lalu. Makanya, sudah pasti BN berpeluang menang dengan majoriti lebih besar dari yang dimilik PKR iaitu 198 dulu. Harus diingat BN menewaskan calon PAS, Dato' Ismail Kamus sebelum itu dengan majoriti melebihi 14,000 undi. Ini bermakna, SPR diarahkan melaksanakan tanggungjawab agar memastikan nama-nama pengundi PKR itu dinafikan hak untuk mengundi. Soalnya, bagaimanakah modus operandi itu dilakukan? Sedangkan Wan Ahmad SPR secara jelas mengatakan bahawa perpindahan itu sudah berlaku agak lama juga dan tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor. Apakah kita boleh percaya ia tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil, sedangkan kita tau SPR adalah komponen BN yang tidak berdaftar secara sah. Makanya, kami cuba menyelidikan tektik dan strategi yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) ini. Ternyata, SPR begitu licik mengatur strategi. Berdasarkan laporan perubatan hospital ternyata Ahli Parlimen PKR ketika itu iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad tidak berpeluang untuk hidup lama berdasarkan kepada penyakit yang dialaminya. Samalah kepada penilaian doktor pakar terhadap mana-mana pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan sebagainya.


Statistik sudah dibuat bahawa tempoh tertentu diambilkira untuk pulih atau tiada harapan untuk pulih. Lantaran itulah SPR diarahkan oleh UMNO untuk mendapatkan maklumat dari hospital tentang kesihatan Allahyarham Datuk Dr.Zainal. Hasil maklumat doktor terbabit, maka mudahlah untuk SPR membuat percaturan atas perkara memindahkan nama-nama pengundi berdaftar tersebut. Maka, perancangan dibuat dengan rapi dan mereka membilang hari untuk memastikan projek ini berjalan lancar tanpa disedari. Hinggalah kematian Datuk Dr.Zainal diumumkan dan ramai rakyat terutamanya penduduk Hulu Selangor tersentak dengan perkara itu, tetapi tidak bagi SPR. Kakitangan mereka sudah melaksanakan tanggungjawab lebih awal untuk memastikan projek menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor itu tercapai. Akhirnya ia berlaku dan mereka boleh mengatakan apa sahaja seolah-olah perpindahan pengundi itu tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil kerana ia telah dilakukan sejak dari awal lagi. Akhirnya, jika kes ini dibawa ke mahkamah sekali pun SPR tetap akan menang kerana mereka sudah menyediakan bukti-bukti kukuh tentang perkara ini. Sebaliknya bagi PKR dan Pakatan Rakyat, kita hanya mencongkak hari-hari terakhir Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tanpa memikirkan perpindahan pengundi itu berlaku.

[Lantaran itulah, bila pilihanraya kecil diumumkan ramai yang tidak neyedari nama mereka telah ditukarkan diluar pengetahuan mereka. Apa yang boleh dilakukan kini?. Nasi sudah menjadi bubur dan SPR berjaya menipu rakyat sekali lagi dengan modus operandi yang cukup licik. Apapun, takdir yang akan menentukan. Mereka merancang tetapi perancangan Allah itu adalah yang paling utama. Pastikan perkara ini tidak berlaku di masa akan datang. Jika ada mana-mana ahli parlimen yang sakit kronik maka sila pastikan nama pengundi tidak berubah biarpun pilihanraya kecil belum tentu berlaku lagi. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang paling utama dari terus terkejut dengan apa yang terjadi. Apa pun, SPR tetap khianat kepada rakyat dan gagal laksanakan tanggungjawab sebagai hakim pilihanraya sejak sekian lamanya].

- http://pahangdaily.blogspot.com

Thursday, April 22, 2010

'South Park' hina Nabi Muhammad

Pergerakan Islam bantah gambaran kartun Rasulullah pakai kostum beruang

LOS ANGELES: Pencipta rancangan kartun televisyen South Park diberikan amaran bahawa mereka mungkin akan menghadapi tindakan ganas kerana menghina Nabi Muhamad apabila menunjukkan Rasulullah memakai kostum beruang.

Laman web kumpulan Revolution Muslim di Amerika Syarikat memberitahu Matt Stone dan Trey Parker bahawa mereka mungkin akan menerima nasib seperti Theo Van Gogh. Penerbit filem Belanda kontroversial itu ditembak dan ditikam hingga mati pada 2004 oleh seorang Islam yang marah kerana filem beliau mengenai keadaan wanita Islam.

Laman web berkenaan turut memberi maklumat mengenai lokasi rumah Stone dan Parker.

Ia turut menyenaraikan alamat pejabat penerbitan mereka di California dan pejabat penyiaran South Park di New York, Comedy Central.

“Kami memberi amaran kepada Matt dan Trey bahawa apa yang dilakukan mereka adalah bodoh dan mereka akan menerima nasib yang sama seperti Theo Van Gogh kerana menyiarkan rancangan ini,” kata penulis artikel, Abu Talhah Al-Amrikee.
“Ini bukan satu ancaman tetapi satu amaran kepada realiti mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” katanya.

Al-Amrikee kemudian memberitahu Associated Press bahawa kiriman terbabit bukan bertujuan untuk mencetuskan rusuhan. Ia disiarkan untuk memberikan kesedaran mengenai isu itu dan melihat ia tidak akan berlaku lagi, katanya.

Jurucakap Comedy Central berkata, rangkaian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

Dalam episod ke 200 South Park yang disiarkan di Amerika dan United Kingdom minggu lalu menunjukkan Muhammad muncul beberapa kali dalam satu kostum beruang. Utusan agama lain juga turut digunakan termasuk Buddha.

Bercakap dalam satu temubual laman web Boing Boing sebelum rancangan ke 200 disiarkan, South Park mempertahankan adegan berkenaan.

“Kami bersikap hipokritikal terhadap mesej kami, pemikiran kami, jika kami katakan ok bermakna jangan jadikan jenaka dengannya kerana ia tidak akan melukakan kita,” kata Parker. – Agensi

Najib: 1Malaysia lebih popular drpd Milo, KFC


Datuk Seri Najib Razak mahu penduduk di Hulu Selangor menolak terus calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen kawasan itu Ahad ini.

"Kita reject dia (Zaid) sajalah, kita pilih BN biar kita kekalkan dia sebagai barang reject," kata Perdana Menteri ketika berucap di bilik gerakan BN Hulu Bernam malam semalam.

"BN sudah mengenali Zaid luar dan dalam tentang siapa sebenarnya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Kita dah pernah satu team dalam kerajaan... dah kenal luar dan dalam jadi tak payahlah nak cakap, daripada Kabinet dia masuk pihak pembangkang sebab itu kita reject dia sajalah," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata gagasan 1Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat sehingga mengatasi jenama barangan popular yang lain.

"Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka," kata beliau..


1MALAYSIA + UPCO = MILO + KFC

Wednesday, April 21, 2010

PENDEDAHAN KAITAN PEMIMPIN2 UMNO&AIR KENCING SYAITAN "ARAK"

Koleksi Penuh - UMNO dan Arak

Oleh: Pria Malaya

Apa yang bakal anda saksikan dibawah adalah isu yang berkaitan dengan pemimpin 'parti gerombolan' dan arak dari dulu, kini dan selamanya..penulis yakin sudah ramai diantara kita mengetahui gambar dan link2 yg diberikan dibawah..

Jadi, utk mengingatkan kembali, penulis cuba kumpulkan semua isu2 terutama isu bergambar yang berkaitan dgn pemimpin Umno dan arak untuk disatukan dalam satu entry yang khusus..ia juga utk kemudahan semua pihak baik bagi pihak yang mahu membetulkan (menegur), ataupun pihak yang mahu menyalahkan (menafikan)..

Namun, suka utk penulis tegaskan di sini bahawa, segala paparan dibawah tidak semestinya benar (kerana itulah penulis meletakkan tanda soal bagi setiap tajuk dibawah)..oleh itu, sama ada gambar dan link yg diberikan dibawah adalah sejenis minuman membabukkan (arak) atak tidak, sama ada ia benar pemimpin tersebut atau tidak dan lain2 persoalan, kita tuntut supaya tuan punya badan supaya menjawabnya..

Apa yang penting..gambar2 dibawah bukanlah gambar yang direka2, dibuat2 (superimpose) sepertimana yang dilakukan oleh seorang blogger Umno (GAP) dan rakan2nya, dibantu (hebah)pula oleh Utusan Malaysia, tetapi ia adalah gambar yang tulin (asal) yang tidak diubah atau direka sedikitpun...wallahua'lam..

Arak dan Khairy?







Keterangan: Gambar screenshot (twitter) diatas merujuk kpd komen terbaru Khairy semasa mengulas gambar yg dikatakan gambar beliau yang sedang berpesta arak...jawapan yang diberikan menimbulkan kesangsian..beliau tidak menafikan itu gambarnya dan hanya mengatakan dia tidak minum dalam gambar tu..

"Apa yg betul? Adakah saya minum apa2 dlm gambar tersebut?"Sementara Malaysiakini (19 April) dalam usahanya untuk menghubungi Khairy menjelaskan gambar diatas tidak berjaya..

Sumber: http://tweetphoto.com/19029856

2. Arak dan Hisyamuddin?















sumber: saltpepperandalittlekicap.blogspot.com

3. Mirzan (Mahathir) dan Arak?









sumber: http://www.sanmiguel.com.ph/Content.aspx?MID=0&coid=1&navID=7

4. Najib dan arak?





5. Pak Lah dan arak?







6. Umno perasmi kilang arak?









Keterangan: Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Sumber: http://perisik-rakyat.com/2010/04/tahun-1966-siapa-rasmi-kilang-guinness.html

7. Umno/BN dan arak?







sumber: http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

PRK Hulu Selangor (101) Zaid berjudi? UMNO sah Tokey judi!!


Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.

Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari

Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.

Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.

Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.

Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)

Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).

Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Budak Balun

Madet byr RM4.4 juta utk jmpa Bush tahun 2002. Najis byr brpa utk jmpa Obama?

Sah, pejabat kedutaan Malaysia di Washington ada membayar AS$1.2 juta (RM4.4 juta) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002.Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan minggu lalu.
Jack Abramoff adalah pelobi yang telah dihukum penjara lima tahun 10 bulan oleh mahkamah Amerika pada Mac setelah didapati bersalah menipu masyarakat Indian (pribumi Amerika) dalam beberapa projek pembinaan tempat perjudian.
Laporan tersebut diumumkan setelah sisatan selama dua tahun membabitkan penglibatan Abramoff dalam menawarkan 'khidmat perunding' kepada masyarakat Indian dalam beberapa projek ekonomi.

Walaupuh jawatankuasa tersebut menumpukan perhatian kepada aktiviti Abramoff dengan masyarakat Indian, namun turut disertakan dalam lampiran laporan itu ialah beberapa dokumen melibatkan hubungan pelobi itu dengan kerajaan Malaysia.

Dipercayai, bayaran kepada Abramoff yang dibuat menerusi sebuah institusi yang dipanggil 'American International Centre' (AIC) adalah untuk khidmat mengatur pertemuan Dr. Mahathir dengan Bush pada tahun 2002.

“Berdasarkan dokum
en dan rekod kewangan yang ada dalam simpanan jawatankuasa itu, kedutaan Malaysia membuat empat bayaran - AS$300,000 setiap satu pada 29 Jun 2001, 5 Oktober 2001, 3 Januari 2002 dan 13 Mac 2002,” kata laporan berkenaan.

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan jawatankuasa berkenaan telah menjumpai satu invois dari AIC bernilai AS$300,000 bertarikh 15 Jun 2001 yang dialamatkan kepada Dr Fauziah Mohamad Taib, yang merupakan timbalan ketua perwakilan Kedutaan Malaysia di Washington.

Menurut butir-butir pada invois itu, bayaran berkenaan adalah untuk ‘perkhidmatan’ sepanjang dua bulan dari 19 Jun hingga 19 Ogos 2001. Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah 'perkhidmatan' berkenaan.

Bayaran itu dikehendaki dibuat kepada AIC, sebuah institusi yang ditubuhkan oleh rakan kongsi Abramoff, Michael Scanlon yang menggunkan alamat sebuah rumah di pantai Delaware dekat Washington DC.Bayaran gaji
Menurut jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Senator John McCain itu lagi, terdapat tiga lagi bayaran yang setiap satu bernilai AS$300,000 dibuat oleh kedutaan Malaysia kepada AIC.

Dua tahun selepas pertemuan Dr. Mahathir dengan Bush itu, Fauziah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji. Sekarang beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah Institut Diplomatik dan Hubungan Luar.

Bagaimanapun pecubaan untuk mendapatkan ulasan dari Fauziah gagal.

Menurut jawatankuasa itu lagi, sebahagian daripada bayaran RM4.4 juta kepada AIC itu pergi kepada individu bernama 'Khaled Saffuri' sebagai bayaran 'gaji dan khidmat perunding berkaitan Malaysia'.

Abramoff bukanlah satu-satunya pelobi yang digunakan untuk mengatur pertemuan Dr.Mahathir-Bush itu.

Firma lobi Alexander Strategies yang diusahakan oleh rakan Abramoff, bekas ketua staf Dewan Perwakilan Amerika, Tom DeLay turut dibayar saguhati sehingga AS$1 juta (RM3.7 juta) pada tempoh yang sama untuk membantu meningkatkan imej Malaysia di Washington.Pertemuan Dr.Mahathir-Bush itu berlangsung ketika Dr.Mahathir sedang dikritik hebat kerana sentimen anti-Yahudinya dan tindakannya memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr. Mahathir pada awal tahun ini telah menafikan kerajaan Malaysia ada menggunakan khidmat pelobi bagi mengatur pertemuannya drengan Presiden Amerika itu.

"Saya difahamkan ada orang tertentu membayar sejumlah wang kepada pelobi di Amerika tetapi saya tidak tahu siapa mereka dan kerajaan Malaysia tidak melakukannya,"katanya.



Tuesday, April 20, 2010

MOHAMAD SABU BERSUARA: JANGAN TOLAK TUAH

Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.

"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.

"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang.

Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.

Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.

"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.

Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN.

PRK P 094 - Bukti Blogger GAP memfitnah.

Terima kasih Poji.. @Perisikrakyat yang sms kat aku, minta sama-sama meyiarkan foto sebenar yang diisiarkan oleh blogger UMNO GAP laknatullah, yang sanggup memfitnah musuh politik UMNO sebegini rupa, kerana sedikit habuan di dunia..., moga-moga Allah jua yang membalas perbuatan kalian...


Inilah hasil gambar yang diproses semula dengan software photoshop.colournya pun pudar.


Yang ini adalah gambar asal...colournya terang..

Wahai Blogger UMNO, carilah idea-idea lain nak buat hitkan blog tu...., lu banyak buat cerita silap, fakta lawan fakta, janganlah nak autaaaa.....semua pihak monitor lu orang semua...

COPY DARI BERITA HARIAN

Letusan Eyjafjallajokull gegar ekonomi dunia



Kesan abu gunung berapi Iceland lebih buruk daripada yang dijangkakan. Abu yang muncul akibat letusan gunung tersebut telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara Eropah.

International Air Transport Association (IATA) meramalkan syarikat-syarikat penerbangan menanggung kerugian pendapatan US$200 juta sehari. Ini tidak termasuk kos-kos lain melibatkan pejadualan semula dan penggunaan lencongan. Mungkin sebahagian syarikat akan terpaksa gulung tikar jika keadaan ini berterusan.

Kesan sebenar kepada ekonomi ialah kebekuan ekonomi akibat ketiadaan pengangkutan udara, bukan sekadar di Eropah malah di seluruh dunia. Tanpa pengangkutan udara, manusia tidak dapat bergerak untuk melaksanakan tugas masing-masing, mesyuarat tidak berjalan, pertemuan terpaksa dibatalkan, persidangan dan perhimpunan besar terpaksa ditangguhkan. Sektor perkhidmatan dan pelancongan akan terjejas, tempahan hotel dan pusat peranginan terpaksa dibatalkan, kontrak tidak dapat dipenuhi.

Pengangkutan barangan tidak dapat dilaksanakan, produk bernilai tinggi tidak bergerak, produk pertanian tidak dapat dihantar dengan segera, penghantaran produk kesihatan, perubatan dan saintifik tertangguh, sistem courier dan pos ekspres menjadi kelam kabut, alat ganti mesin dan kilang tidak dapat diperoleh.

Dalam surah ad-Dukhan, kita telah diberikan amaran bahawa kedatangan asap/kabut dari langit adalah sesuatu yang mengazabkan.

”Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Rabb kami, lenyapkanlah daripada kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.”

(Ad-Dukhan 44: 10-12)

Kita tidak mengatakan abu gunung berapi Eyjafjallajokull inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini, tetapi yang penting, amaran Allah bahawa asap/kabut dari langit itu adalah salah satu azab bagi manusia dan merupakan salah satu tanda kedatangan kiamat.

Muslim perlu sentiasa sedar bahawa fenomena alam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”

(Ali Imran 3: 190]

Bagi kita, letusan gunung berapi serta luapan abu terjadi dengan kudrat dan iradat Allah. Jelas kepada kita bahawa kuasa Allah jauh lebih tinggi, lebih hebat mengatasi kekerdilan teknologi ciptaan manusia. Kapal terbang manusia yang dianggap canggih tidak dapat terbang dan berfungsi hanya kerana satu letusan daripada salah satu gunung berapi. Begitulah lemahnya manusia berbanding yang Maha Esa.