Thursday, August 26, 2010

Hidupkan Malam Ramadan Dengan Qiamulail


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Huraian:

Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadat kerana fadhilatnya amat besar di sisi Allah S.W.T.

Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghidupkan malam (qiamullail) ini ialah melakukan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran, membanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid.

Selaku umat Islam, kita sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadith memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-malam ini terutama malam ganjil adalah merupakan malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, August 24, 2010

Jangan anda terkejut Dengan Paderi Melayu




PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI

: PADERI MELAYU PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS..

SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.

MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.

BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3. AL-BISTARIA

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Monday, August 16, 2010

Menyingkap Selimut dan Solat Subuh

Inilah ujian yang sesungguhnya. Ujian yang sangat sulit, namun bukan satu hal yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini bagi seorang laki-laki adalah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid. Sedangkan bagi wanita, solat Subuh tepat pada waktunya di rumah. Setiap orang dianggap gagal dalam ujian penting ini, manakala mereka solat tidak tepat waktu, sesuai yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

Sikap manusia dalam menunaikan solat fardhu cukup beragam. Ada yang mengerjakan sebahagian solatnya di masjid, namun meninggalkan sebahagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah.

Dan, Ada pula sebahagian orang yang mengerjakan solat ketika hampir habis batas waktunya (dengan tergesa-gesa). Yang terbaik di antara mereka adalah yang mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di mushala/surau/masjid pada awal waktu.

Rasulullah s.a.w. telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolok ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.d. d ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda:

” Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat Subuh yang diringan-ringankan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah saw. sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu.

Pernah suatu hari, mereka terlambat salat Subuh dalam penaklulkan benteng Tastar. ‘Kejadian’ ini membuat seorang sahabat, Anas bin Malik r.a.d. selalu menangis bila mengingatnya. Yang menarik, ternyata Subuh juga menjadi waktu peralihan dari era jahiliyah menuju era tauhid. Kaum ‘Ad, Tsamud, dan kaum penderhaka lainnya, dilibas azab Allah swt. pada waktu Subuh.

SEORANG penguasa Yahudi berkata: “Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jumaat.” (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).

“Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”. (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).

Memang, tanpa solat Subuh secara berjemaah, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.

Bagaimana orang-orang muslim tidur di waktu Subuh, lalu dia berdoa pada waktu Dhuha atau waktu Zhuhur atau waktu petang hari (Asar), memohon kemenangan, keteguhan dan kejayaan di muka bumi. Bagaimana mungkin?

Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapatkan kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya. Yaitu dengan melaksanakan ibadah, konsekuen dengan akidah, berakhlak mulia, mengikuti ajaran-Nya, tidak melanggar larangan-Nya, dan tidak sedikit pun meninggalkannya, baik yang ringan apalagi yang sangat penting.

Subhanallah! Allah s.w.t. akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kegelapan menjadi keadilan, dari kerusakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi pada waktu yang mulia, ialah waktu Subuh. Berhati-hatilah, jangan sampai tertidur pada saat yang mulia ini.

Allah s.w.t. akan memberikan jaminan kepada orang yang menjaga solat Subuhnya, yaitu dibebaskan dari seksa neraka jahanam. Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata:

Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim).

Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t., tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat. Hati yang diisi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh oleh hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh?

Orang munafik tidak mengetahui kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah di masjid. Sekiranya mereka mengetahui kebaikan yang ada di dalamnya, niscaya mereka akan pergi ke masjid, bagaimanapun keadaannya, seperti sabda Rasulullah saw.: ” Maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak.”

Cuba kita bayangkan ketika ada seorang laki-laki yang tidak mampu berjalan, tidak ada orang yang membantu memapahnya. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, ia bersikap keras mendatangi masjid dengan merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah.

Sekiranya kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid (dengan sengaja), maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpanya.

Rakan-rakan semua, artikel ini bukan untuk menuduh orang-orang yang tidak menegakkan solat Subuh di masjid dengan sebutan munafik.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui akan keadaan setiap muslim. Namun, sebaiknya hal ini dapat dijadikan sebagai bahan pembaiki bagi setiap individu (kita), orang-orang yang kita cintai, anak-anak, serta sahabat-sahabat kita. Sudahkah kita salat Subuh berjamaah di masjid/musalla secara istiqamah?

Jika seseorang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barang siapa yang pada dirinya terdapat sifat ini, maka segeralah bermuhasabah dan bertaubat. Mengapa? Karena dikhuatiri akhir hayat yang buruk (su’ul khatimah) akan menimpanya. Nauzubillah minzalik! (HD).

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah s.w.t. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh.

Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Diceritakan satu ketika Rasulullah s.a.w. solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: “Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah s.w.t. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari”. ( HR.Baihaqi ).

Dilain waktu Rasulullah s.a.w. menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khuwatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahawa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah s.a.w. kemudian berkata: “Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah”.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang melaksanakan solat isya’ secara berjemaah , maka ia seperti solat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat malam satu malam penuh”. Sehingga Ibnu Umar r.a.d. pun menegaskan: “Sungguh, aku boleh melaksanakan solat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada solat malam semalam suntuk”. Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah solat malam di rumah sesuai kemampuan dan ditutup dengan solat subuh secera berjemaah di masjid…

Ayuh! rakan-rakan semua, marilah kita solat subuh di masjid secara berjemaah. Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya. Penuhkan masjid diwaktu solat subuh supaya orang kafir akan gerun dengan kehebatan umat Islam. InsyaAllah kalau kita sama-sama berusaha kearah itu, tidak mustahil panji-panji Islam akan subur menghijau dibumi Allah ini.

Tiada yang mustahil dan kita tidak perlu ragu-ragu dengan pertolongan Allah s.w.t., insyaAllah.

Wallahua’alam.
Nukilan Rakan FB.

Thursday, August 12, 2010

Kisah Saudara Baru Dan Sami Besar Dari India

Peristiwa ni berlaku pada bulan puasa tahun lepas lagi .Sengaja saya ulang siar semula untuk sama-sama jadi renungan kita.


Salam ramadhan..
Malam ini masjid kami menerima kunjungan seorang tetamu yang cukup Istimewa,beliau adalah seorang saudara baru dari bangsa india.Nama Islamnya,Abdul Manan Abdullah. Apa yang menjadikan beliau seorang yang istimewa ialah berkenaan latar belakang beliau.

Beliau adalah anak kepada salah seorang sami hindu di Batu Cave,Selangor.Memeluk Islam Islam lebih kurang 3 tahun lepas.Nama asal dan latar belakang beliau terpaksa dirahsiakan demi keselamatan Abdul Manan.Setelah mengetahui beliau memeluk Islam,beberapa cubaan bunuh telah dihadapi oleh beliau,Asalnya beliau bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah kerajaan ,kini Abdul Manan telah meletakkan jawatan dan berhijrah ke Kelantan.

Di Kelantan,dia lebih selesa menumpang tidur dari masjid ke masjid kerana bimbang keselamatan beliau terancam jika tinggal di satu-satu tempat dengan tetap.

Mungkin kerana bimbangkan keselamatan nyawa beliau ayah Abdul Manan yang masih lagiseorang hindu telah mengistiharkan bahawa anaknya telah mati dan telah membuat upacara kematian sebagaimana mengikut agama hindu.

Kini orang-orang kampung beliau menyangka yang Abdul Manan benar-benar sudah meninggal dunia.Semasa masih menetap di selangor,saudara Abdul Manan giat menjalankan aktiviti dakwah dan membantu JAIS dalam menjalankan operasi pencegahan maksiat.Sepanjang lebih 3 tahun memeluk Islam ,Abdul Manan sudah mengislamkan berpuluh-puluh orang-orang hindu di Malaysia.Oleh kerana itulah nyawa beliau sentiasa terancam dan beliau pernah ditikam oleh dan juga pernah di hiris pergelangan kakinya oleh pelampau HINDRAF yang marah kepadanya kerana sudah mengislamkan ramai orang-orang hindu.Akibatnya kaki beliau lumpuh dan kini beliau memakai kaki palsu hasil dari pemberian Tuan guru Nik Abdul Aziz.

Saudara Abdul Manan menceritakan saat-saat awal beliau tertarik kepada Islam apabila telah diarahkan oleh pihak kuil Batu Cave untuk mengetuai beberapa orang pemuda hindu untuk mengintip ceramah daripada bekas-bekas penganut hindu yang memeluk Islam disekitar masjid-masjid berdekatan.

Menurut beliau,setelah mendengar penerangan mengenai Islam dari saudara-saudara beliau yang telah memeluk Islam ada diantara pengintip-pengintip hindu yang bersama beliau menangis kerana mengakui kebenaran Islam.Satu demi satu kawan-kawan beliau telah memeluk Islam termasuklah beliau sendiri kini telah mengakui kebenaran Islam.

Antara cerita menarik dari Abdul Manan sewaktu zaman jahiliahnya ialah,mengikut agama hindu ,dalam satu tahun ada satu bulan yang seolah olah diharamkan sembahyang atau pergi ke kuil pada bulan itu.Pada bulan itu semua penganut hindu diseluruh dunia tidak akan pergi ke kuil.

Kerana menurut beliau bulan itu menjadi satu misteri kepada penganut hindu.Pada bulan itu seolah-olah patung-patung dewa mereka tidak ada kuasa.Apa saja yang diminta tidak akan diperkenankan oleh dewa-dewa mereka.Seolah-olah dewa-dewa mereka yang selama ini menjadi penunggu patung tersebut bagaikan terpenjara dan tidak dapat menunaikan hajat mereka.

Apakah bulan misteri itu?
Bulan tersebut adalah bulan mulia bagi orang Islam ,Bulan Rahmat,iaitu bulan Ramadhan.
Setelah beliau memeluk Islam barulah rahsia itu terbongkar kata Abdul Manan.Ini kerana bila tiba bulan Ramadhan semua syaitan-syaitan yang menjadi penunggu patung-patung tersebut telah diikat oleh malaikat atas arahan Allah.

Oleh kerana latar belakang beliau dlm agama hindu sebelum ini,beliau sering menjadi tumpuan samaada dari saudara baru atau pemimpin-pemimpin hindu. Abdul Manan juga menceritakan tidak berapa lama dulu ada seorang sami besar dari India datang berjumpa dengannya sewaktu beliau masih berada di Selangor.Mengikut Abdul Manan sami tersebut yang berumur lebihkurang 93 tahun itu telah datang berjumpa beliau pada jam lebihkurang pukul satu pagi.

Sami itu telah meminta beliau membawanya ke kawasan perkuburan orang-orang Islam.
Dengan menaiki teksi saudara Abdul Manan dan Sami tersebut sampai lah ketempat tujuan.
Dipendekkan cerita, setelah sampai ke kubur,sami besar itu telah membuka satu buku atau mungkin kitab dan setelah itu Sami tersebut telah melafaskan Kalimah Syahadah di situ ,di hadapan Abdul Manan.

Apa yang berlaku selepas itu tidak diketahui kerana Saudara Abdul manan hanya berhenti disitu.
Selepas menceritakan kisah Sami tersebut kelihatan Abdul Manan mengesat airmata..

Wasalam..

-ijoks2009-
Semoga cerita ini memberi kebaikan bagi kita semua dunia dan akhirat.Allahuakba,.Allahuakbar,Allahuakbar


Tuesday, August 10, 2010

Anda genius?


Cari berapa wajah dari gambar di bawah

0 – 5 wajah : anda kureng !
6 – 7 wajah : anda sengal !
8 – 9 wajah : anda normal !
10 – 11 wajah : anda sangat normal !
12 – 13 wajah : anda genius !