
geram aku tgk muka mamat ni...
Sokong buat lakaran seperti anjing selepas pelukis karikatur diancam bunuh STOCKHOLM: Sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden semalam menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad dengan membuat lakaran tubuh rasul seperti anjing selepas pihak berkuasa dakwaan menggagalkan komplot untuk membunuh pelukis karikatur itu didedahkan di Ireland. Kartun yang mencetuskan kontroversi terbaru itu dibuat oleh pelukis Sweden Lars Vilks dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.
Vilks berdepan beberapa ancaman bunuh sejak lukisan itu kali pertama dicetak akhbar Sweden pada 2007, setahun selepas kartun berasingan Nabi Muhammad disiarkan akhbar Denmark Jyllands Posten mencetuskan bantahan negara Islam. al-Qaeda meletakkan ganjaran AS$100,000 (RM332,300) terhadap kematiannya.
" Undang-undang Islam secara umum melarang mana-mana gambaran nabi, walaupun amat disanjungi namun bimbang ia boleh menyebabkan pemujaan. Vilks berkata, dia tidak pasti sama ada untuk mengambil serius mengenai komplot itu. "
Saya tidak mahu memandang serius sehingga bukti berada di depan mata. Saya pasti mereka semua mempunyai perancangan, namun persoalannya setakat mana mereka mahu melakukannya," katanya ketika dihubungi menerusi telefon. Vilks juga berpendapat, tidak mustahil dia juga menjadi sasaran seorang wanita Amerika Syarikat yang dituduh pihak berkuasa negara itu merekrut pejuang jihad secara online.
Colleen R LaRose digelar 'JihadJane' dikatakan berbincang perancangan yang didakwa itu dengan sekurang-kurangnya seorang suspek yang ditahan di Ireland, menurut seorang pegawai Amerika.
Polis keselamatan Sweden, SAPO, enggan mengulas sama ada kes di Ireland dan Amerika ada perkaitan dengan Vilks. - AP
No comments:
Post a Comment