
Seorang petugas tol bercerita : " Suatu ketika lalu sebuah kereta di jalan tersebut yg dipandu seorang pemuda dgn kelajuan sederhana, tiba-tiba keretanya rosak di dalam terowong. Pemuda tersebut turun untuk memeriksa keretanya, tanpa disangka muncul sebuah kereta dari arah belakang dan melanggar pemuda tersebut hingga terpelanting. Pemuda tersebut mengalami kecederaan parah.
Tanpa berlengah kami menghubungi hospital membawanya dgn kereta. Sewaktu kami meletakkannya dalam kereta dan ingin ke hospital, kami mendengar pemuda tersebut membaca Al-Quran dg suara merdu. Subhanallah Aku yakin dia akan meninggal dalam keadaan mulia. Ia terus membaca Al-Quran , aku pun menoleh kebelakang dan aku lihat pemuda itu sedang mengacukan jari telunjuknya sembil mengucapkan kalimah syahadah, kemudian kepalanya terjatuh. Aku segera ke belakang dan memeriksa nadi pemuda itu dan ternyata ia telah meninggal dunia.
Aku memandanginya sambil menitiskan air mata. Aku memberitahukan temanku yang pemuda itu sudah meninggal. Temanku pun terus mengalirkan air mata, aku menangis tersedu-sedu,air mataku terus mengalir tanpa henti. Suasana dalam kereta mula sunyi masing2 memikirkan pemuda tersebut.
Kami menghantarnya ke hospital dan menghubungi keluarganya dan menceritakan apa yg terjadi pada pemuda resebut sebelum meninggal dunia. Keluarganya menceritakan pemuda tersebut memang selalu mengziarahi makam neneknya di kampung, ia selalu memberikan sedekah kepada para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin sehingga kampung itu sangat mengenal pemuda tsb.
Dan keluarganya juga menceritakan Pemuda tersebut juga sering memanfaatkan perjalanan jauh ke kampung dgn menghafal Al-Quran dan mengulang-ngulangnya serta mendengar kaset-kaset pengajian dan ceramah agama (yg bermanfaat).
Ya Allah,bimbinglah Kami kepada jalan yg Engkau Redai dan EngkauTerimalah dari segala perbuatan,perkataan , fikiran dan hati kami serta waktu hidup kami dan matikan kami dalam keadaan Husnul Khatimah...Amiin
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Kiriman:Al-Faqir
No comments:
Post a Comment