
ATHENS - Penduduk kampung Vrontados di Chios, sebuah pulau di Greece dekat sempadan Turki menyambut Hari Easter dengan melancarkan perang roket, lapor sebuah akhbar semalam.
Peperangan dengan menggunakan roket buatan sendiri itu melibatkan dua buah kumpulan gereja tempatan masyarakat Kristian Ortodoks sejurus tengah malam kelmarin bagi menyambut Hari Easter.
Terdapat dua versi peperangan roket itu bermula.
Beberapa penduduk berkata, permainan roket itu bermula pada abad ke-19 semasa zaman pemerintahan Ottoman yang menakluk pulau tersebut yang merampas meriam penduduk kerana bimbang ia akan digunakan untuk menentang tentera Islam.
Satu lagi versi menyatakan, tradisi itu bermula kerana tentera Ottoman melarang masyarakat tempatan menyambut Hari Easter menyebabkan mereka membuat roket bagi mewujudkan perang palsu. - Agensi
No comments:
Post a Comment